Tuesday, January 18, 2011

DOA RABITAH

Maksudnya : Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu. Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalannya yang sebenar. Penuhkanlah piala hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu. Engkau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

0 ulasan: